SAKRATUL MAUT

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Pada suatu hari Malaikat Maut pergi kepada Musa A.S. Musa A.S. bertanya, “Adakah kamu datang untuk mengunjungiku atau untuk mencabut rohku?” Ia menjawab, “Aku datang untuk mengambil rohmu.” Musa A.S. kembali berkata, “Bolehkah kamu memberi peluang padaku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anakku?” Ia menjawab, “Tidak ada lagi peluang untuk melakukan itu.” Lalu Musa bersujud kepada Tuhan memohon agar Tuhan memerintahkan Izrail memberi peluang kepadanya menyampaikan selamat tinggal kepada anak-anaknnya.Tuhan berkata kepada Izrail, “Berilah peluang pada Musa.” Lalu Musa pergi kepada ibunya dan berkata, “Sebentar lagi aku akan melakukan safar(perjalanan panjang).” Ibunya bertanya, “Safar apa?” Musa menjawab, “Perjalanan akhirat.” Setelah itu ibunya menangis.

Musa pergi kepada isterinya, anak-anaknya, lalu mereka menghampiri pangkuannya dan menangis.Musa tidak mampu membendung air matanya sehingga turut menangis.Lalu Tuhan bertanya kepada Musa A.S., “Wahai Musa! Kamu akan datang menemui Ku, untuk apa kamu menangis?” “Hatiku bimbangkan anak-anakku.” Tuhan berfirman, “Wahai Musa lepaskan hatimu dari mereka.Biarkan Aku menjaga mereka.Biarkan Aku menguruskan mereka dengan cinta Ku.”

Setelah itu, baru Musa berasa tenang dan bertanya kepada malaikat, “Dari mana kamu akan mengambil rohku?” Ia menjawab, “Dari mulutmu.” Musa berkata, “Adakah kamu akan mengambil roh dari mulut yang suka bermunajat kepada Allah?” Ia menjawab, “Jika begitu, melalui tanganmu.” Musa kembali bertanya, “Adakah kamu akan mengambil roh dari tangan yang pernah membawa lembaran-lembaran Taurat?” Ia menjawab lagi, “Jika begitu melalui kakimu.” Musa bertanya lagi, “Adakah kamu akan mengambil roh dari kaki yang pernah berjalan untuk bermunajat kepada Allah?” Kemudian Malaikat Maut memberikan limau yang harum kepada Musa A.S. untuk dihidu dan Musa A.S. menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah itu, para malaikat bertanya kepada Musa A.S., “Wahai Nabi yang paling ringan kematiannya, bagaimana rasanya kematian?” Musa menjawab, “Seperti kambing yang disiang hidup-hidup.”

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
#sedangkan Nabi cara kematiannya nampak mudah dan seakan-akan tiada kesakitan sama sekali, inikan pula kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Maka, janganlan dipandang ringan bahawa amalan kita telah mencukupi, sentiasalah merendah diri dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Sumber : nurainvivian.blogspot.se/2011/03/sakratul-maut.html
Sumber : kedahkekl.blogspot.se/2012/07/info-kisah-malaikat-maut-intai-manusia.html

Pos ini dipublikasikan di Himpunan Hadist Nabi dan tag . Tandai permalink.

sapalah kami dengan komentar anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s